GADDAFI: FAKTA DI SEBALIK PEMBUNUHAN

· Bibliotheca
5.0
Maoni moja
Kitabu pepe
134
Kurasa
Ukadiriaji na maoni hayajahakikishwa  Pata Maelezo Zaidi

Kuhusu kitabu pepe hiki

eBook ini mendedahkan fakta penting yang tidak didedahkan di media sosial dan sumber internet lain seperti blog, wikipedia dan lain-lain.

Fakta diperolehi daripada kajian penulis melalui sumber dapatan akademik, laporan parlimen United Kingdom, salinan email agen perisikan kepada bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton dan beberapa sumber lain yang tidak didedahkan secara meluas kepada umum.

Apa yang akan dapat melalui eBook ini?

1. Anda akan tahu bahawa Libya satu-satunya negara di dunia yang mendapat kemerdekaan daripada United Nations melalui kesepakatan negara-negara asing yang berebut sumber minyak di negara itu.

2. Britain menolak ideologi negara Islam di Libya dan memperkenalkan sistem parlimen ala barat bagi melemahkan pengaruh Tarekat Islam Sanussi di negara itu.

3. Gaddafi pernah mengusir tentera Britain, Amerika Syarikat yang berpangkalan di dalam negaranya. Presiden Reagan pernah menggelar Gaddafi sebagai Mad Dog of the Middle East.

4. Gaddafi pernah memalukan Itali apabila berjaya menuntut patung purba Tuhan Venus yang dicuri di era kolonialisme dikembalikan semula ke Libya.

5. Kematian Gaddafi telah dirancang oleh agensi perisikan Britain dan Amerika Syarikat dengan bantuan beberapa negara Islam seperti Qatar, Arab Saudi dan UAE.

6. Al Jazeera pernah menyiarkan berita palsu yang menuduh tentera Gaddafi menggunakan pil Viagra dan merogol rakyatnya sendiri.

7. Gaddafi mempunyai karekter yang sama seperti Adolf Hitler yang anti Yahudi dan Israel. Antara percaya atau tidak! Gaddafi pernah ditakuti bangsa Yahudi dan negara haram Israel.

dan banyak lagi fakta menarik di dalamnya...

eBook ini akan membuatkan anda berasa kehilangan seorang panglima Islam yang hebat dalam sejarah.

Ukadiriaji na maoni

5.0
Maoni moja

Kuhusu mwandishi

Mohammad Firdaus bin Zainal merupakan seorang penulis genre Non Fiction merangkumi bidang Sains politik, sejarah Islam dan Medieval. Penulis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di 92 Anggota Tentera Cawangan Khas, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan selama lapan tahun sebelum beralih ke dunia korporat sebagai Eksekutif Senior Copywriter.

Minat menulis sejak dari bangku sekolah diterjemahkan ke dalam kerjaya dengan menghasilkan beberapa buah karya yang kebanyakannya masih di dalam proses penerbitan. Antara karya yang telah dihasilkan ialah:

Saddam: Fakta di Sebalik Kematian (Bibliotheca)

Muhammad Bukan Pendusta: Membongkar Fitnah & Pembohongan atas Nama Nabi Muhammad s.a.w (Hijjaz Records Publishing)

Membongkar Manipulasi Israk Mikraj dalam Karya Agung Dunia Divine Comedy (Hijjaz Records Publishing)

LGBT: Islam Bukan Fiksyen (Telaga Biru Sdn bhd)

Al Quran & Manusia-manusia Melawan

Selain itu, penulis juga aktif menulis isu-isu semasa di laman Facebook Firdaus Zainal dan Bibliotheca. Berhasrat untuk menjadikan Islam kembali kepada keagungan ilmu seperti yang pernah dikecapi di era Abbasiyah, penulis kini sedang giat menghasilkan karya-karya bermutu di Bibliotheca.

Harapannya hanya dua, mahu terus tunduk terisi dengan ilmu dan membebaskan ilmu menjadi jariah yang berpanjangan untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta kelak. 


Kadiria kitabu pepe hiki

Tupe maoni yako.

Kusoma maelezo

Simu mahiri na kompyuta vibao
Sakinisha programu ya Vitabu vya Google Play kwa ajili ya Android na iPad au iPhone. Itasawazishwa kiotomatiki kwenye akaunti yako na kukuruhusu usome vitabu mtandaoni au nje ya mtandao popote ulipo.
Kompyuta za kupakata na kompyuta
Unaweza kusikiliza vitabu vilivyonunuliwa kwenye Google Play wakati unatumia kivinjari cha kompyuta yako.
Visomaji pepe na vifaa vingine
Ili usome kwenye vifaa vya wino pepe kama vile visomaji vya vitabu pepe vya Kobo, utahitaji kupakua faili kisha ulihamishie kwenye kifaa chako. Fuatilia maagizo ya kina ya Kituo cha Usaidizi ili uhamishe faili kwenye visomaji vya vitabu pepe vinavyotumika.