Sisi Gelap Media Sosial

·
· Bibliotheca
4.5
4 reviews
Ebook
142
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Karya ini merungkai sisi gelap media sosial atau panggilan popular yang digunakan “SocMed” (Social media). Berbeza dengan wacana dan makalah umum yang banyak melihat media sosial dari sudut faedah dan kebaikannya kepada pengguna, karya ini cuba merungkai permasalahan dan kesan dari sudut yang bertentangan. Bagi melihat sisi gelap media sosial ini secara jelas, penulis merujuk kepada dapatan akademik dan pandangan pakar-pakar dalam teknologi berkenaan.

Bagi memudahkan pemahaman pembaca, karya ini dibahagikan kepada dua bahagian. Penceritaannya digarap dengan mengikut kronologi iaitu bermula dengan penciptaan komputer sehingga eksperimen yang dijalankan ke atas peranti ini. Bahagian pertama membincangkan agenda di sebalik penciptaan komputer, Internet, GPS, game online oleh agensi pertahanan Amerika Syarikat dan peranan CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika) dalam membangunkan peranti dan aplikasi ini.

Manakala di dalam Bahagian II, kemunculan media sosial dan impak yang dibawa bersama terhadap masyarakat dihuraikan secara terperinci. Di dalam bahagian ini, penulis membentangkan dapatan dan bukti-bukti wujudnya manipulasi kelakuan pengguna oleh firma media sosial dan pengiklanan melalui media sosial yang digunakan pengguna. Penulis juga menjelaskan bagaimana firma media sosial ini berusaha menjadikan pengguna ketagih untuk terus menggunakan aplikasi yang dibangunkan mereka.

           Karya ini bukanlah bersifat anti sosial atau anti teknologi. Namun, karya ini adalah sebagai bukti bahawa sisi gelap media sosial sememangnya wujud dan akan terus berkembang.

Ratings and reviews

4.5
4 reviews

About the author

Mohammad Firdaus bin Zainal merupakan seorang penulis genre Non-Fiction merangkumi bidang Sains politik, sejarah Islam dan Medieval. Penulis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di 92 Anggota Tentera Cawangan Khas, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan selama lapan tahun sebelum bertukar profesion sebagai Eksekutif Senior Copywriter di sebuah syarikat swasta.

Minat menulis sejak dari bangku sekolah diterjemahkan ke dalam kerjaya dengan menghasilkan beberapa buah karya. Antara karya yang telah dihasilkan ialah:

v Gaddafi: Fakta di Sebalik Pembunuhan (Bibliotheca)

v Gaddafi: Facts of a Massacre (Bibliotheca)

v Al Quran & Manusia Melawan (Bibliotheca)

v Cahaya Muhammad: Kisah Mukjizat Manusia Termulia (Bibliotheca)

v Coronavirus: Pandemik & Senjata Bio (Bibliotheca)

v Muhammad Bukan Pendusta: Membongkar Fitnah & Pembohongan atas Nama Nabi Muhammad s.a.w (Hijjaz Records Publishing)

v LGBT: Orientasi Seksual Terlaknat (Telaga Biru Sdn. Bhd.)

v Siri Ana Solehah (Ana Muslim Sdn. Bhd.)

 

Selain itu, penulis juga aktif menulis isu-isu semasa di laman Facebook Firdaus Zainal dan Bibliotheca. Berhasrat untuk menjadikan Islam kembali kepada keagungan ilmu seperti yang pernah dikecapi di era Abbasiyah, penulis kini sedang giat menghasilkan karya di Bibliotheca.

Harapannya hanya dua, mahu terus tunduk terisi dengan ilmu dan membebaskan ilmu menjadi jariah yang berpanjangan untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta kelak.


Rudza Hanim Mohamed Anuar merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor. Anak kelahiran Segamat, Johor ini mendapat pendidikan awal di Universiti Philadelphia, Jordan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Kemudian beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti bersama NGO. Beliau menulis buku “Muhammad Bukan Pendusta: Membongkar Fitnah dan Pembohongan Atas Nama Nabi Muhammad s.a.w bersama Hijjaz Recordss Publishing

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.