Hikayat Harimau Ulung menempoh lima era utama gugusan kepulauan Nusa dan Asia Tenggara dengan membawa pembaca menyelami riwayat seribu tahun pemerintahan Raja Dinasti Mahkota, yang bersemayam di sebuah pulau yang hanya setitik kecil di peta dunia.
Syed Azidi S. A. Aziz adalah penerima anugerah Festival Filem Malaysia kategori Cerita Asal Terbaik melalui filem Perempuan Melayu Terakhir, dan Anugerah Khas Juri - Pengarah Harapan melalui Persona Non Grata. Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan. Berkelulusan Sarjana Kesenian dalam bidang pengarahan filem dari Edinburgh College of Art, The University of Edinburgh, Scotland. Buku ini merupakan novel fiksyen kedua selepas Pencinta Dari Timur, selain kaya bukan fiksyen termasuk Wajah Pemimpin Rakyat, Purnama Retak Seribu dan TPPA: Jawapan Kepada Kebimbangan, Salah Faham dan Tuduhan.