Beliau dilahir pada 18 September 1989 di Kuala Perlis, Perlis. Merupakan anak ke-sepuluh daripada 13 orang adik beradik.Hidup dalam keluarga yang sederhana dan sentiasa menjadikan nilai Islam sebagai amalan dalam komunikasi hidup.
Syihabudin Ahmad merupakan penulis dan pendakwah muda yang sentiasa membuka peluang dakwah kepada rakan dan kenalannya. Kemahiran komunikasi yang dididik sejak di bangku sekolah rendah berjaya menjadikan beliau seorang yang yakin dalam kata-kata dan mudah diikut.