Hampir setiap tahun, beberapa kali kita akan menghadapi isu musafir - ia menjadi persoalan yang paling ditanya di dalam kuliah-kuliah para ustaz. Oleh itu buku ini membicarakan persoalan solat bagi orang bermusafir secara lengkap dan praktikal.
Mohd Shahabudin Md Yatim (Bahasa Arab : محمد شهاب الدين محمد يتيم) atau nama penanya Syihabudin Ahmad merupakan seorang penulis dan pendakwah muda yang komited. Karyanya seperti artikel agama, buku agama, dan panduan praktikal ibadah untuk umat Islam menjadi rujukan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.
Pada tahun 2009, beliau telah mengasaskan satu modul teknik pendidikan Al-Quran yang diberi nama Metode Al-Jazary. Teknik ini telah teruji berjaya mendidik pelajar membaca al-Quran dalam tempoh 24 Jam.