Lapan sahabat, dua negara, satu pengembaraan.
Pengembaraan yang mengubah pandangan mereka tentang perjuangan, kemerdekaan, persahabatan, percintaan dan impian hidup, ketika mendaki kemuncak tertinggi pulau Jawa – Gunung Semeru atau Mahameru.
Saiful, Faizal, Firdaus, Iznul dan Fida dari Malaysia manakala Iqbal dan Nazri (Indonesia) merupakan sahabat seperguruan persilatan sebuah institusi pengajian tinggi Malaysia merasakan mereka memerlukan cabaran baru, selepas menakluki gunung paling mencabar senusantara – Gunung Tahan, setahun yang lalu.
Tebalnya rasa cinta terhadap alam semulajadi serta perjuangan bangsa nusantara, menyebabkan mereka, bersama dengan Yaya (adik Iqbal) membulatkan tekad untuk meneroka keindahan alam hasil peninggalan perjuangan kemerdekaan oleh nenek moyang mereka.
Namun, ada misteri yang menyelubungi dan menjejaki perjalanan. Bunyi muzik gamelan, penampakan seorang pemuda dan kabut hitam, sentiasa mengekori mereka. Sahabat berlapan harus merungkaikan misteri ini dalam membantu perhubungan dua beranak.
Pengembaraan Semeru bukan sahaja menyetuh rasa cinta lapan kembara ini terhadap agama dan bangsa, tetapi juga mengetuk pintu hati putera puteri senusantara membuka rahsia hati yang kian lama terpendam di antara mereka.
31 Ogos di puncak tertinggi Jawa menyaksikan lapan sahabat, dua negara, menjadi SATU SUARA, SATU HATI, di bawah kibaran satu bendera, yang menyatukan segala rasa cinta terhadap agama, perjuangan bangsa dan hati.