Mungkin juga mereka stres kerana masalah peribadi? Contohnya, pemikiran tidak rasional, masalah perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan guru-guru serta banyak lagi. Betapa dahsyat cabaran yang dilalui oleh pelajar pada hari ini.
Bertitik tolak daripada sini, saya terpanggil bagi menulis buku ini. Skop perbincangan buku ini lebih tertumpu kepada bagaimana kita dapat melatih minda menukar persepsi βSaya ada masalahβ kepada βSaya ada cabaranβ dan menukar kepercayaan negatif terhadap stres kepada kepercayaan positif. Sekaligus, kita akan berasa tenang walaupun stres.Β