Buku ini memuatkan ketukan-ketukan ringan yang berupa kata-kata untuk diperkatakan kepada diri kita sendiri. Secara tidak langsung, ketukan-ketukan itu bertindak sebagai ‘penukul’ bagi mengetuk pintu hati kita.
Ketuklah berulang-ulang kali sehingga ia terbuka. Apabila terbuka nanti, nikmatilah hasilnya. Perlu diingat, pintu ini boleh tertutup sedikit demi sedikit sekiranya kita tidak berterusan (istiqomah) mengetuknya.