Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh merupakan seorang pensyarah (pengajian Islam) di Pusat Pengajian Asasi (CFS) di Universiti Teknologi PETRONAS, Perak. Anak jati Pendang, Kedah Darul Aman ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (major) dan Sains Politik (minor) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Sarjana (M.Phil) dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Berberapa buah buku ilmiah beliau telah diterbitkan untuk bacaan umum, antaranya COVID-19: SEJARAH & IKTIBAR (jilid 1) dan COVID-19: PERSOALAN FIKAH PANDEMIK & JAWAPAN (jilid 2), Tahaluf Siasi: Antara Peluang dan Prinsip dan al-Fatihah: Tujuh Ayat yang Sering Diulangi (terjemahan).