COVID-19: PERSOALAN FIKAH PANDEMIK DAN JAWAPAN

PENA PADI PUBLICATION
Ebook
241
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Sebuah karya ilmiah yang membuka minda dan kefahaman mengenai Islam dan Covid-19.

Setakat buku ini ditulis (4 Disember 2020), jumlah kes COVID-19 yang menimpa masyarakat global ialah 64, 350, 473 dan mengakibatkan 1, 494, 668 kematian di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, Amerika Syarikat menjadi negara yang paling teruk terjejas dan diikuti dengan India dan Brazil. Malaysia walau bagaimanapun, berada pada kedudukan ke 82 negara yang paling teruk terjejas di peringkat global dan ke 29 di peringkat Asia. Setakat 4 Disember 2020, Malaysia mencatatkan 70, 236 kes positif COVID-19 dengan 376 kematian.

Sebagai sebuah negara yang dihuni oleh majoriti masyarakat Muslim, pandemik COVID-19 ini telah memberikan kesan yang ketara kepada pola aktiviti masyarakat Muslim sama ada aktiviti ibadah mahupun muamalat. Justeru, penulis di dalam buku kecil ini telah menghuraikan dengan serba ringkas perkara-perkara berikut:

Bab 1: Latar belakang taun, wabak dan COVID-19

Bab 2: Taun yang pernah melanda dunia

Bab 3: Taun dan perkaitannya dengan kesyahidan

Bab 4: Taun dan adab seorang Muslim dalam menghadapinya

Bab 5: Hukum hakam berkaitan dengan COVID-19

About the author

Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh merupakan seorang pensyarah (pengajian Islam) di Pusat Pengajian Asasi (CFS) di

Universiti Teknologi PETRONAS, Perak. Anak jati Pendang, Kedah Darul Aman ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (major) dan Sains Politik (minor) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Sarjana (M.Phil) dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Buku COVID-19: SEJARAH & IKTIBAR (jilid 1) dan COVID-19: PERSOALAN FIKAH PANDEMIK & JAWAPAN (jilid 2) ini merupakan buku rasmi ketiga beliau selepas Tahaluf Siasi: Antara Peluang dan Prinsip dan al-Fatihah: Tujuh Ayat yang Sering Diulangi (terjemahan).

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.