Apabila Tuhan Berbicara

· PTS Millennia
4.7
12 reviews
Ebook
272
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

 Al-Quran adalah kitab Allah yang menjadi panduan hidup manusia sehingga hari kiamat. Panduan Al-Quran datang dalam bentuk mentah dan perlu diproses bagi memastikan isi berguna bagi membimbing manusia. Demi memudahkan pemahaman Al-Quran, para ulama sejak zaman dahulu sudah berusaha dengan sepenuh jiwa menyusun pelbagai ilmu berguna sebagai alat bagi merungkaikan kandungan Al-Quran.

Antara ilmu yang paling berkesan bagi merungkaikan panduan Al-Quran adalah ilmu tafsir Al-Quran. Ilmu ini adalah ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran daripada segi menghuraikan dalil-dalil serta memahami kandungannya bersesuaian dengan kehendak Allah dan tahap kemampuan akal manusia.

Al-Quran adalah sebuah kitab yang hidup dan mampu menghidupkan jiwa manusia. Jikalau air mampu menghidupkan bumi yang mati, Al-Quran juga seumpama air hidayah yang menghidupkan jiwa yang mati. Allah menjelaskan:

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي

بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (52)

Dan demikian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami. Kamu tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu), apakah kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu. Tetapi Kami jadikan Al-Quran; cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus

(Surah As-Syura, ayat 52)

Rasulullah s.a.w. sebagai guru Al-Quran pertama. Baginda sudah membuktikan kejayaan Baginda memproses dan mentafsirkan Al-Quran. Kesannya, Al-Quran menghidupkan jiwa para sahabat yang berasal daripada sebuah masyarakat jahiliah yang kelam kepada cahaya Islam yang terang-benderang. Allah menerangkan:

أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan cahaya (iman) yang menerangi untuk dirinya (sehingga dia dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dia dapat) berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia. (Adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap dalam gelap-gelita (kufur), yang sama sekali tidak dapat keluar daripadanya? Demikian (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu keelokan apa yang sudah mereka lakukan (daripada perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)

(Surah Al-An’am, ayat 122)

Ayat ini menyebut perbezaan antara orang beriman dan orang yang kafir. Menurut sebahagian daripada laporan hadith, dua orang lelaki yang digambarkan dalam ayat ini adalah Saidina Umar Al-Khattab dan Abu Jahal.

(Tafsir At-Tabari)

Penulis berasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang mendalami Al-Quran bermula dengan menghafaz Al-Quran di Darul Quran JAKIM (1993-1997) dan seterusnya mendalami tafsir Al-Quran. Rasa syukur dan gembira ini wajar dimiliki oleh orang yang dimuliakan dengan ilmu berkaitan Al-Quran. Allah mengatakan:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ (57)

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ (58)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu. Dan yang menjadi penawar untuk penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat untuk orang-orang beriman. Katakan (wahai Muhammad), “Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya. Maka dengan isi Al-Quran itulah mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan daripada segala benda dan perkara yang tidak kekal).”

(Surah Yunus, ayat 57 hingga ayat 58)

Penulis berharap, perkongsian ringkas daripada buku ini membantu menimbulkan rasa cinta, kagum, dan syukur para pembaca dengan nikmat Al-Quran. Sekiranya ditawarkan harta seluas alam semesta sekalipun sebagai tukaran kepada nikmat Al-Quran yang sudah penulis kecapi selama hampir 40 tahun menumpang di bumi Allah ini, penulis pasti mengatakan, nilai Al-Quran itu tiada tandingan.

Ratings and reviews

4.7
12 reviews
fakhrurrazi saleh
August 23, 2015
Bring us close to Allah and Al Quran
1 person found this review helpful
Did you find this helpful?

About the author

 Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim al-Hafiz berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berkelulusan Diploma Tahfiz al-Quran dan Qira’at, Darul Quran JAKIM, bermula tahun 1993 hingga tahun 1997, Sarjana Muda Usuluddin pengkhususan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya bermula tahun 1997 hingga tahun 2000 dan Sarjana Usuluddin pengkhususan Tafsir al-Quran, Universiti Malaya bermula tahun 2000 hingga tahun 2004. Bertugas di Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa dan Perkembangan Akademik Pra Universiti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak tahun 2000. Bidang pengkhususannya adalah Tajwid, Tahfiz, dan Tafsir al-Quran. Beliau juga adalah seorang blogger dengan gelaran Hamba Allah dan Hamba al-Quran. Alamat blog beliau adalah abdullahbukhari.blogspot.com.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.