Buku ini menghimpunkan 38 resipi lauk-pauk secara langkah demi langkah. Hidangan ini termasuklah ayam, daging, ikan dan lain-lain yang menjadi kegemaran masyarakat. Kaedah menyediakan gulai, sup, ikan kukus dan ayam bakar lada hitam juga ditunjukkan. Gambar beserta penerangan menjadikan resipi ini lebih senang untuk dipraktikkan. Lauk-pauk menjadi hidangan utama untuk makan tengah hari mahupun makan malam. Jadikan buku ini sebagai rujukan anda semasa memasak, pasti puas hati!