Alhamdulillah, Majalah Jom! telah memasuki isu ke-12! Dengan membawakan tema daripada surah al-Lahab, Majalah Jom! yang bertajuk ‘Cobaan Datang Lagi!’ ini membincangkan pula tentang sebuah lagi halangan besar yang akan melanda seorang mukmin yang ingin merubah dirinya serta mengajak orang lain untuk menyertainya iaitu halangan daripada orang yang terdekat dengan dirinya. Allah telah mengisyaratkan tentang perkara tersebut melalui surah ini yang melaknat Abu Lahab dan isterinya yang begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk menghalang jalan dakwah Rasulullah S.A.W. Sehingga akhirnya, terpahatlah nama mereka di dalam al-Quran setaraf Firaun dan Haman.