Raja Ahmad Aminullah merupakan seorang penyajak, penulis dan
budayawan. Beliau juga seorang aktivis budaya yang merentas
generasi dengan pengalaman yang rapat dengan generasi baharu.
Beliau sering diundang untuk berbicara oleh mahasiswa dan generasi
muda termasuk pelajar universiti. Beliau juga selesa bersama
golongan periferi atau yang berada di marjin serta di pinggiran.
Antara buku tulisannya termasuklah:
Menyarung Jiwa/Soulship (Pustaka Cipta–2004)
Soulship/Menyarung Jiwa (ITBM–2010)
Kata Kata Hati (SuaraSuara–2006)
Sajak Sajak 3 Seniman: Kata dan Rupa bersama Mustapha
Ibrahim dan Zakaria Ali (ITBM–2013)
Nuansa Nusantara: Art and Liberation (ITBM–2012)
Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa
(Gerak Budaya/SIRD–2011)
Beliau menjalani pengajian di Kuala Kangsar (MCKK) dan
kemudiannya mengikuti kursus Komunikasi Massa (ITM, Shah
Alam 75-76) dan kemudian menerima Ijazah Undang-undang dari
University of London.
Zaman pelajar, beliau menjadi pimpinan persatuan pelajar di
Shah Alam dan UK.