Aisyah Sofia gembira, namun dia bimbang umi dan ayahnya tidak mengizinkan. Tambahan pula, dia tidak pernah mengikuti apa-apa rombongan sekolah dan berjauhan daripada keluarganya..
Semasa berada di tempat percutian, pelbagai kerenah dan gelagat kawan-kawan Aisyah Sofia yang mencuit hati.
Ke manakah Cikgu Rahman akan membawa mereka bercuti?Adakah mereka dapat mengikuti rombongan itu?
┬аSaridah Hamid adalah anak jati Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 9 Februari 1964. Bersekolah rendah di SR Jalan Bangsar, SM Sri Pantai, Kerinchi, KL dan Sek. Men. Methodist Boys School, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan terakhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Media dan Komunikasi Massa (Kewartawanan). Pernah bertugas sebagai wartawan majalah dan akhbar tabloid. Juga terlibat sebagai penolong penerbit, Unit Ehwal Semasa TV, RTM. Kini bekerja secara bebas sebagai editor.
Mula menulis sejak 1990 dalam menghasilkan artikel, rencana, wawancara, puisi, cerpen dan juga skrip program TV. Pernah menghasilkan buku adaptasi yang bertajuk,┬аSelembut Bicara,┬аBahtera Nabi Nuhdan┬а10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga┬аbersama PTS Islamika.
Reja
Reja, bukan satu nama yang asing bagi peminat Komik-M. Beliau mula berkecimpung dalam bidang komik secara serius pada tahun 2008 apabila terbitnya komik sulung beliau berjudul Shootz! bersama Komik-M. ┬аSemenjak itu, graduan ijazah Universiti Kebangsaan Malaysia ini tidak menoleh ke belakang lagi. Selain meneruskan penghasilan siri komik Shootz!, beliau turut menghasilkan siri nomik (novel + komik) yang popular iaitu Young Aisyah. Siri ini dilesen dan diterbitkan di negara jiran, Indonesia. Menerusi karya-karyanya ini, Reja pernah beberapa kali disenaraikan sebagai finalis dalam Anugerah PeKomik Malaysia. Kini, Reja menjadi pelukis komik sepenuh masa di samping aktif mengendalikan bengkel melukis komik anjuran Komik-M di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.