Hasil dan Impak Program Kemahiran Kolej Komuniti Malaysia (UUM Press)

· · ·
· UUM Press
Ebook
77
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Peranan Kolej Komuniti Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah menyediakan kursus dan latihan program kemahiran yang diperlukan oleh semua peringkat pelajar tanpa mengambil kira umur dan kelayakan yang dimiliki. Kolej Komuniti Malaysia menyediakan peluang kedua kepada pelajar lepasan sekolah menengah di Malaysia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sebelum mereka menceburi dunia pekerjaan atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. KPT meletakkan harapan yang tinggi kepada Kolej Komuniti Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang teknologi, perniagaan dan perkhidmatan industri.

Oleh yang demikian, penghasilan monograf bertajuk “Hasil dan Impak Program Kemahiran Kolej Komuniti Malaysia” ini bertujuan untuk membentangkan dapatan penelitian hasil dan impak kursus-kursus yang sedang dilaksanakan di Kolej Komuniti terhadap kompetensi diri pelajar dan kualiti perkhidmatan staf serta pensyarah di semua Kolej Komuniti di Malaysia. Secara khususnya, kajian yang dilaksanakan bertujuan untuk meneliti hasil dan impak profil peserta kursus, kompetensi diri dari aspek sikap mereka terhadap kursus-kursus kemahiran, tahap keyakinan diri yang berkaitan latar belakang pengetahuan dan juga kemahiran serta kualiti perkhidmatan yang terdapat di semua Kolej Komuniti di Malaysia.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.