Hasrul Rizwan dilahirkan pada awal 80-an di Mahang, Kedah dan dibesarkan di Sungai Udang, Melaka selama hampir 17 tahun. Pendidikan dan ilmu diserap dari pelbagai sekolah dan institusi pengajian di negeri Melaka, Kedah, Perlis, Selangor, Pulau Pinang dan juga Kelantan. Pada tahun 2006, beliau mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di negeri kelahirannya semula setelah tamat pengajian. Mula berjinak- jinak dalam dunia penulisan dengan menulis cerpen di blog. Minatnya yang mendalam mula membuahkan hasil dengan terbitnya novel sulung berjudul MURTAD pada tahun 2012. Dan ianya tak pernah berhenti.