Transformasi Ramadan 2.0

· Hasrizal Abdul Jamil
4.9
21則評論
電子書
237
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Transformasi Ramadan pernah diterbitkan sedekad yang lalu sebagai naskhah kecil untuk meneman pembaca membuat persiapan diri menjelang Ramadan. Naskhah berkenaan juga telah diterbitkan semula di dalam versi terjemahan bahasa Inggeris dengan tajuk Reviving the Spirit of Ramadan: Beyond Do’s and Don’ts. Transformasi Ramadan 2.0 adalah naskhah kelangsungan versi sebelumnya, lahir di dalam suasana seluruh dunia sedang gementar berdepan dengan pandemik virus hari ini. Situasi semasa memaksa kita untuk lebih merenung, apakah sebenarnya nilai dan keutamaan di dalam seluruh kehidupan, termasuk Ramadan dan amalan-amalan yang hadir bersama dengannya. Ramadan untuk transformasi diri harus pergi lebih jauh daripada persoalan APA dan BAGAIMANA. Bulan yang disediakan oleh Allah ini, perlu diterokai seputar persoalan MENGAPA, kerana di dalamnya terkandung HIKMAH dan JAMBATAN ZAMAN

評分和評論

4.9
21則評論

關於作者

Hasrizal Abdul Jamil berasal daripada Ipoh, Perak. Beliau seorang graduan Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001. Pernah berkhidmat sebagai Minister of Religion di Belfast Islam Centre di bawah tajaan The Al-Maktoom Foundation, UAE di samping bertugas sebagai Muslim Chaplain di The Queen’s University, Ireland Utara.


Kini, beliau bermastautin di Oulu di Finland.. Beliau berkhidmat sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah yang menguruskan Khalifah Model School (Rendah) dan Khalifah Model School (Menengah). Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan menambah baik kurikulum dan sistem Pendidikan Negara. 13 orang pakar pelbagai bidang yang menganggotainya telah dilantik sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia, ketika itu Dr Maszlee Malik.


Selain kegiatannya yang aktif dalam relung pendidikan, Ustaz Hasrizal terlebih dahulu masyhur sebagai seorang penulis yang prolifik terutamanya melalui blog utama beliau www.saifulislam.com. Karangan yang menaikkan nama beliau suatu ketika dahulu adalah Aku Terima Nikahnya yang diterbitkan pada tahun 2008. Sehingga kini, lebih 19 buah buku telah beliau karang. Beliau aktif berkongsi pelbagai renungan di samping travelog hidupnya di Facebook (@hasrizalabduljamil), Twitter (@hasrizal2020), Instagram (@iamhasrizal) dan Youtube (@iamhasrizal).

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。