Throwback: Jilid 5

· Galeri Ilmu Sdn Bhd
電子書
200
頁數
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors. Untuk apa? Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati.

 

Demikian hidup ini. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak pernah sia-sia. Tetap ada gunanya. Ya … sekalipun perkara itu pernah melukakan hati kita. Sekalipun ia pernah menjebakkan kita dengan dosa. Masih ada yang boleh kita belajar daripadanya!


#PujukHati5


關於作者

Bonda Nor, nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan Tanah air. Aktif menulis novel tarbiah dan buku-buku motivasi yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Media Group. Ketika ini, beliau telah mempunyai 33 karya yang telah diterbitkan dan hampir kesemuanya mencapai jualan bestseller. Paling terkenal adalah buku-buku daripada siri Pujuklah Hati. Salah satunya, Be Strong telah menerima Anugerah Pilihan Pembaca Popular dan Berita Harian 2017. Dan Bangkit pula telah menerima Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2018.

Beliau juga adalah pengasas kaedah mudah membaca untuk kanak-kanak; Belajar Membaca Ekspres-I , dan kini mengendalikan hampir 50 orang speaker dan lebih 500 orang fasilitator Ekspres-i di seluruh Malaysia yang bertanggungjawab menyebarkan kaedah ini untuk manfaat masyarakat.

Selain mengendalikan pasukan Membaca Ekspres-i, beliau juga mengasaskan Akademi Bonda Nor yang mengendalikan projek-projek penulisan dakwah santai bersifat antologi atau buku solo. Ketika ini terdapat 50 orang ahli di dalam akademi ini yang mendapat bimbingan secara terus menerusi Bonda Nor. Antara projek mega yang telah beliau kendalikan menerusi Akademi Bonda Nor ialah siri buku muhasabah diri BERCAKAP DENGAN CERMIN melibatkan 215 orang penulis dari seluruh negara.


為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。