Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua.
Aria yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia.
Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor - iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiaannya.
"Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria."
Siapa Teme Abdullah?
Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusan Ijazah Serjana Muda Seni Bina.
Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'. Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.
Walaupun mengalami sedikit kekangan di peringat A-level, penulis berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas menamatkan ijazah, penulis telah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma seni bina di London lalu bekerja di syarikat berkenaan.