Matanya yang bundar merenung langit cerah dan dia akan melemparkan senyuman ke arah sesiapa sahaja yang melintasi rumah uzur itu. Ada yang terserempak dengannya ketika menyusur jalan kampung. Ada juga yang selalu melihatnya mengikut Mak Peah ke baruh mengutip pucuk paku. Malah, ada juga yang melihat dia mencuci pakaian di sungai atau menyapu sampah di halaman.
Sesekali wajah jelita ini muncul di surau kampung, mengikut Mak Peah bersembahyang jemaah dan mendengar kuliah yang disampaikan para penceramah. Siapa dia?