Sumpah Setia - Aisya Sofea

· Karangkraf
4.8
4 則評論
電子書
496
頁數
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

“Yang pergi itu cinta. Mungkin yang datang itu jodoh. Yang pergi itu kekasih. Yang datang itu mungkin bakal suami kau. Mana tahu ke?”

 

Itu adalah kata-kata Isha, teman baik Nur Suria Anissa tentang Elias Lim Li Jun yang ingin mengahwini Anis dari saat pandang pertama mereka. Ketika Anis hilang kepercayaannya terhadap cinta, Elias menghadirkan diri. Tetapi bolehkah mereka berdua bercinta bila Elias, seorang lelaki peranakan Dutch Baba Nyonya dan Islam bukanlah agama fitrahnya?

 

Tatkala itulah Syed Umar, lelaki cinta pertama Anis datang untuk kembali dalam hidup Anis. Keluarga Anis mahu dia segera bernikah. Percaya dengan cinta pertama masih mekar, Anis akur dengan kehendak orang tuanya. Namun, Syed Umar ada rancangannya sendiri. Mahu keluarga Anis menanggung perbelanjaan perkahwinan mereka. Ketika itulah sikap sebenar Syed begitu jelas di mata Anis. 

 

“Jangan fikir aku terdesak sangat dengan duit bapak kau tu. Kalau kau tak beria-ia sangat nak kahwin dengan aku, aku pun tak hadap sangatlah nak kahwin dengan kau!”

 

Ayat lantang daripada Syed Umar, membuatkan Anis nekad untuk memutuskan hubungan mereka buat selamanya. Walau bagaimanapun, papa Anis tetap berkeras mahukan Syed sebagai menantu mereka. Orang Melayu sahaja akan lebih memahami adat, budaya dan agama sesama bangsa.

 

Sanggupkah Elias yang kini sudah menjadi Ilyas Lim Li Jun Abdullah melepaskan cinta hatinya pada lelaki lain? Padanya, pastinya ada sesuatu yang ALLAH ingin berikan kepadanya. Selagi doa itu tidak putus, Ilyas yakin jodoh itu milik mereka. Tetapi benarkah jodoh itu milik mereka tatkala cincin milik Syed sudah tersarung di jari manis Anis?


評分和評論

4.8
4 則評論

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。