Buku ini bertujuan memberi pemahaman dan penerangan dengan pendekatan tumpuan pada penyakit skizofrenia, terutama untuk keluarga pesakit skizofrenia dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan pesakit terbabit. Diharapkan para pembaca dapat memahami punca dan gejala penyakit ini, mengetahui rawatan yang disediakan dan tindakan yang dapat dilakukan untuk membantu pesakit skizofrenia untuk pulih; seterusnya dapat menjalani kehidupan normal dan gembira di samping orang tersayang.