Sisi Berakhlak Yang Hilang

IMAN Publication Sdn Bhd
5.0
9則評論
電子書
205
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Mengapa sebenarnya seseorang gagal mencapai apa yang diinginkan dalam hidup?  

Walhal cita-cita sudah jelas, azam sudah sempurna, dan semangat juga sudah melangit. 

Rupa-rupanya, yang hilang daripada kita adalah sikap. Ia merupakan sains dan sunnatullah di sebalik mana-mana kejayaan. 


Mahu menjadi keluarga terbaik, tetapi tidak proaktif dalam menzahirkan cinta.

Mahu menjadi teman akrab, tetapi sentiasa menjatuhkan antara satu sama lain.

Mahu menjadi masyarakat unggul, tetapi tidak mahu bertoleransi. 

Mahu menjadi pemimpin kompeten, tetapi tidak strategik dalam menyusun prioriti.


Melalui buku Sisi Berakhlak Yang Hilang, Ustaz Hasrizal merumuskan sikap-sikap yang boleh meningkatkan kualiti diri individu. Ia menjadi pemangkin besar dalam merealisasikan segala impian yang telah dicitakan, dengan izin Allah SWT.


評分和評論

5.0
9則評論

關於作者

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berasal dari Ipoh, Perak. Lahir pada tahun 1975, beliau pernah menuntut ilmu di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh pada tahun 1988 hingga 1992. Beliau seorang graduan Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001. Pernah berkhidmat sebagai Minister of Religion di Belfast Islam Centre di bawah tajaan The Al-Maktoom Foundation, UAE di samping bertugas sebagai Muslim Chaplain di The Queen’s University, Ireland Utara.

Kini, Ustaz Hasrizal bermastautin di Naas Kildare, Republik Ireland. Beliau berkhidmat sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah yang menguruskan Khalifah Model School (Rendah) dan Khalifah Model School (Menengah).

Beliau juga merupakan mantan ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan menambah baik kurikulum dan sistem Pendidikan Negara. 13 orang pakar pelbagai bidang yang menganggotainya telah dilantik oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik.

Di samping itu, beliau juga dalam rangka menyempurnakan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Oulu dalam bidang Culture and Arts in Education Entrepreneurship di Oulu University of Applied Sciences (OAMK), Finland.

Selain kegiatannya yang aktif dalam relung pendidikan, Ustaz Hasrizal terlebih dahulu masyhur sebagai seorang penulis yang prolifik terutamanya melalui blog utama beliau www.saifulislam.com. Karangan yang menaikkan nama beliau suatu ketika dahulu ialah Aku Terima Nikahnya (2008). Sehingga kini, lebih 20 buah buku telah beliau karang antaranya Seni Berfikir Yang Hilang, Diari Bapa, Jalan Sehala dan Setia Dengan Kebenaran.

Beliau aktif berkongsi pelbagai renungan di samping travelog hidupnya di Facebook (@hasrizalabduljamil), Twitter (@minaolenrizal) dan Instagram (@iamhasrizal).

Sisi Berakhlak Yang Hilang merupakan siri ketiga bagi siri-siri Yang Hilang terbitan IMAN Publication selepas Seni Berfikir Yang Hilang dan Erti Beragama Yang Hilang.

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。