melihat manusia masuk dalam Agama Allah beramai-ramai, Maka
ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun
kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
ย
Apabila ayat-ayat ini diturunkan, Sayyidina Abu Bakar t telah
menangis. Para Sahabat y bertanya, โKenapa kamu menangis, wahai Abu
Bakar? Bukankah ini berita gembira dari Allah?โ Sayyidina Abu Bakar t
menjawab, โDalam ayat-ayat ini, Allah I telah memberi takziah kepada kita
terhadap Rasulullah r. Ayat-ayat ini adalah tanda kewafatan Rasulullah r.
Apabila manusia telah masuk ke dalam agama Allah berbondong-bondong
maka telah selesailah tugas Rasulullah r.โ Rasulullah r telah menunaikan
tanggungjawabnya. Islam telah tersebar ke seluruh Semenanjung Arab.
Semua kabilah di Semenanjung Arab telah memeluk Islam bahkan Islam
telah sampai ke Rom dan Parsi. Perjuangan selepas ini akan wariskan kepada
generasi Sahabat y dan Tabiโin. Merekalah yang akan bertanggungjawab
menyambung perjuangan Rasulullah r bahkan mengutip hasil daripada
perjuangan Baginda r. Allah I telah membenarkan janjinya kepada Rasul-
Nya. Di tangan Sahabat y dan Tabiโin telah berlaku pembukaan demi
pembukaan sehingga tiga suku dunia tunduk kepada kekuasaan Islam.