Seni Berfikir Yang Hilang

· Iman Publication Sdn Bhd
4.5
50 ulasan
e-Buku
252
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah.


Malang sekali, ia mustahil!


Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.


Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik?


Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.

Rating dan ulasan

4.5
50 ulasan
Abdul Hamid
23 November 2023
Perubahan di dalam atau di luar sana bergantung lebih baik atau sebaliknya laporan ini merupakan satu perkara penting dalam kehidupan dunia kemenangan tidak semestinya kekal jika proses itu adalah sebahagian daripada mengurangkan tekanan ini satu sandiwara ini akan berpindah disini sahaja".
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Muhd amin
8 Oktober 2020
Salam selamat subuh barulah rasa ilmu macam mana nak hargai terima kasih
32 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Ralida Ralida4ever
12 Mei 2020
Ok
63 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Perihal pengarang

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berasal daripada Ipoh, Perak. Lahir pada tahun 1975, beliau pernah menuntut ilmu di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh pada tahun 1988 sehingga 1992. Beliau seorang graduan Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001. Pernah berkhidmat sebagai Minister of Religion di Belfast Islam Centre di bawah tajaan The Al-Maktoom Foundation, UAE di samping bertugas sebagai Muslim Chaplain di The Queen’s University, Ireland Utara. 


Kini, beliau bermastautin di Oulu di Findland Utara dalam rangka menyempurnakan pengajian peringkat Sarjananya di University of Oulu dalam bidang Culture and Arts in Education Entrepreneurship di Oulu University of Applied Sciences (OAMK), Finland. Beliau berkhidmat sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah yang menguruskan Khalifah Model School (Rendah) dan Khalifah Model School (Menengah). Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan menambah baik kurikulum dan sistem Pendidikan Negara. 13 orang pakar pelbagai bidang yang menganggotainya telah dilantik sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik. 


Selain kegiatannya yang aktif dalam relung Pendidikan, Ustaz Hasrizal terlebih dahulu masyhur sebagai seorang penulis yang prolifik terutamanya melalui blog utama beliau www.saifulislam.com. Karangan yang menaikkan nama beliau suatu ketika dahulu adalah Aku Terima Nikahnya yang diterbitkan pada tahun 2008. Sehingga kini, lebih 19 buah buku telah beliau karang. Beliau aktif berkongsi pelbagai renungan di samping travelog hidupnya di Facebook (@hasrizalabduljamil), Twitter (@minaolenrizal) dan Instagram (@iamhasrizal). 


IMAN bermula pada tahun 2012 sebagai sebuah kedai buku berjenamakan Imanshoppe. Setelah mendapat permintaan luar biasa daripada para peminat buku, IMAN mengembangkan sayapnya dengan membuka sebuah syarikat penerbitan buku – Iman Publication setahun setelah itu.

IMAN yang pada awalnya hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa, kini sudah disertai lebih daripada 30 orang.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.