Senangnya Buat Duit...: Jilid 1

· Geinwo Enterprise
4,8
13 ulasan
eBook
80
Halaman
Rating dan ulasan tidak diverifikasi  Pelajari Lebih Lanjut

Tentang eBook ini

Buku ini ditulis untuk sesi perkongsian ilmu dan pengalaman penulis pada masa buku ditulis dan pada masa pengalaman itu dilalui. Kemungkinan kesesuaian kandungan buku ini kepada semua bergantung kepada cara penerimaan dan pendekatan yang digunapakai oleh anda sendiri terhadap teknik-teknik dan maklumat-maklumat yang telah dikongsi oleh penulis secara umumnya.

"Senangnya buat duit" tidak mungkin akan membantu anda untuk menjadi kaya raya dengan sekelip mata. Ia adalah satu proses yang perlu anda curahkan usaha dan kemahiran-kemahiran yang ada pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Buku ini akan membimbing anda untuk mencapai impian itu tetapi bukan mengesahkan yang anda akan capai hanya dengan membaca sahaja isi kandungannya.

Buku ini didatangkan sekali dengan kemudahan menggunakan sistem atas talian yang dibangunkan oleh penulis sendiri secara PERCUMA. Sistem itu boleh dicapai dengan menaip alamat di 'web browser' anda :

http://rahsiapotensidiri.geinwo.com  

Username dan Password boleh diperolehi dengan membeli buku ini.

Harapan saya agar anda mendapat manfaat yang terbaik dari isi kandungan buku ini. Maklum balas anda sangatlah dialu-alukan tetapi diharap dalam konteks perkongsian pendapat. 

Shah Iskandar

2018

Rating dan ulasan

4,8
13 ulasan

Tentang pengarang

Saya adalah penulis baru dalam dunia penulisan. Sebelum ini saya hanya menulis di Blog (http://magisceriteraku.blogspot.my) sahaja dan tidak pernah menulis atau pun menjadi penulis jemputan sepertimana sejarah latar belakang penulis-penulis yang lain. Saya menerima pendidikan sehingga ke peringkat ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengurusan. Saya juga mempunyai kelulusan dalam bidang Diploma Komputer Sains dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bidang penulisan merupakan bidang sambilan saya kerana saya masih lagi berjinak-jinak dengan ilmu dalam menulis cerita atau menghasilkan karya kreatif dalam genre kegemaran saya iaitu seram/misteri dan cinta/romantik. Namun demikian, ini adalah kali pertama saya menulis buku berkaitan dengan tajuk duit. Selamat membaca.

 

Beri rating eBook ini

Sampaikan pendapat Anda.

Informasi bacaan

Smartphone dan tablet
Instal aplikasi Google Play Buku untuk Android dan iPad/iPhone. Aplikasi akan disinkronkan secara otomatis dengan akun Anda dan dapat diakses secara online maupun offline di mana saja.
Laptop dan komputer
Anda dapat mendengarkan buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan browser web komputer.
eReader dan perangkat lainnya
Untuk membaca di perangkat e-ink seperti Kobo eReaders, Anda perlu mendownload file dan mentransfernya ke perangkat Anda. Ikuti petunjuk Pusat bantuan yang mendetail untuk mentransfer file ke eReaders yang didukung.