Salju Sakinah

· PTS Litera Utama
4.6
8 ulasan
e-Buku
584
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Menyoroti kehidupan seorang gadis bernama Sumayyah, seorang mahasiswi di Universiti Yarmouk, Jordan, yang disapa pelbagai ujian selepas tamat pengajian. 

Kisah cinta yang tidak kesampaian, umpatan masyarakat sekeliling hanya kerana soal jodoh, penglibatan kakak tersayang dalam ajaran sesat, satu per satu dugaan berkunjung tanpa diduga. Namun, pesan ayahnya selalu disemat dalam ingatan, nama yang diberi kepadanya bukan sebarang nama, tetapi nama srikandi pertama yang syahid, tidak mudah putus asa dek ujian yang menjengah.

Di samping cabaran hidup yang mendatang, kepulangan Sumayyah dari Jordan dengan gelaran mahasiswa sebenarnya menarik perhatian ramai di kampungnya. Sumayyah, nama itu itu mula harum di mana-mana. Namun, satu insiden yang tidak diduga telah berlaku. 

Sumayyah terbang semula ke Yarmouk demi membersihkan nama. Kepulangan Sumayyah ke bumi Yarmouk Dalam keributan hidup yang melanda, pintu hatinya diketuk oleh dua jejaka yang bukan biasa-biasa. Antara Luqman dan Naufal, siapa yang berjaya menduduki takhta dalam hati Sumayyah? Terjawabkah istikarah Sumayyah dalam perjalanan mencari cinta sejatinya?

Rating dan ulasan

4.6
8 ulasan

Perihal pengarang

Zaid Akhtar atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Abdul Majid lahir di Endau, Mersing pada 16 April 1977. Anak kedua daripada tiga beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Lipat, Endau dan menengah di SMK Agama Segamat sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di Kulliyyah Adab, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. 

Kini selain mengajar di sekolah lamanya selaku guru bahasa Arab, Zaid turut menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.