SOMNIPHOBIA Sumpahan Syaitan

· Galeri Ilmu Sdn Bhd
4.0
3条评价
电子书
480
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

Somniphobia ialah salah sejenis fobia atau ketakutan untuk tidur. Ia merupakan gangguan tidur yang luar biasa. Individu yang mengalami Somniphobia takut untuk tidur kerana takut untuk mengalami mimpi ngeri atau menyeramkan.

 

Anas, seorang pemuda yang baru meminati buku-buku genre seram. Dia telah membeli beberapa buah novel, termasuklah sebuah novel bertajuk Somniphobia yang diberi secara percuma. Sejak membaca novel Somniphobia, dia mula mengalami mimpi-mimpi seram yang dirasakan seperti benar. Malah, dia juga semakin keliru antara realiti dan mimpi. Pernah dia cuba untuk memulangkan dan membuang buku itu, tetapi usahanya menemui jalan buntu kerana ada ‘sesuatu’ yang mengganggunya. 

 

           Rakan di tempat kerja Anas iaitu Faiz, menawarkan pertolongan. Dia mengajak Anas untuk tinggal bersama dengannya setelah rakannya itu semakin tidak terurus. Anas menjadi somniphobia, iaitu takut untuk tidur kerana tidak mahu dihantui dengan mimpi-mimpi yang menakutkan.

           Walaupun telah berubat dengan Ustaz Khairil, Anas masih somniphobhia. Keadaan bertambah teruk apabila dia mengambil ubatan terlarang agar dia kekal berjaga sepanjang hari. Setelah tiga hari dalam keadaan seperti itu, Anas mulai jatuh sakit dan berhalusinasi. Puas Faiz memaksa Anas supaya tidur, namun rakannya itu tetap degil. Akhirnya Faiz mengambil keputusan untuk membawa Anas ke hospital.

           Belum sempat Anas dibawa ke hospital, Anas telah tertidur dan bermimpi ngeri. Dalam mimpinya itu, dia dihasut supaya menyembah syaitan. Mujur Anas masih punya iman dan melawan syaitan yang menggodanya. Jika tidak, besar kemungkinan dia akan terus tertidur dalam kemungkaran. Sebaik Anas sedar, Ustaz Khairil sudah berada di sisinya. Anas diberi rawatan.

           Anas bersama-sama dengan Faiz telah mengambil keputusan untuk membakar buku Somniphobia agar sumpahan buku itu berakhir buat selama-lamanya.


评分和评价

4.0
3条评价

作者简介

Iwan Reaz merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari Kajang, Selangor. Memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (major Sains Aktuari) dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Kini bertugas sebagai Penolong Pengurus di bahagian latihan sebuah agensi berita. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2009. Sehingga kini, sudah menulis 12 buah buku dan terlibat dalam 13 buku antologi bersama penulis lain. Antara buku yang ditulis ialah  Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan. Karya beliau bersama BUKU PURIS ialah kumpulan cerpen Hologram, novel seramistik Magna Sayap Hitam,  Somniphobia dan yang terbaharu kumpulan cerpen Misteri Video Viral. Selain buku, Iwan juga menulis skrip TV, cerpen, puisi dan artikel untuk disiarkan dalam majalah serta surat khabar tempatan. Iwan juga mengendalikan bengkel penulisan kreatif dan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah.

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。