SAKURA NO SUKI

·
· SAKURA NO SUKI 第 1 卷 · Galeri Ilmu Sdn Bhd
5.0
3 則評論
電子書
128
頁數
對話框放大鏡
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

Sakuragi, seorang pelajar tahun akhir di Universiti Osaka, Jepun adalah seorang agnostik iaitu tidak punyai agama tetapi percaya kepada Tuhan. Pertemuannya denga Nuri Wardah yang merupakan sahabat Jawaher iaitu rakan sekuliahnya telah membuka episod baharu dalam kehidupannya.

 

Setelah enam bulan tamat pengajian dari universiti di Malaysia, Nuri Wardah datang bercuti ke Jepun atas jemputan Jawaher sambil menunggu tawaran kerja. Percutian Nuri Wardah ke Jepun itu dalam masa yang sama adalah untuk membantu Jawaher yang membuka gerai jualan fesyen Muslimah yang terdiri daripada pakaian tradisi Melayu, Jepun dan gabungan kedua-duanya di tapak Festival Sakura Osaka.

 

Dalam usaha untuk mengenali Nuri Wardah, Sakuragi cuba mengenali agama Islam yang dianuti oleh Nuri Wardah. Pencarian Sakuragi mengenai Islam adalah melalui Internet. Namun, apa yang ditemuinya berkaitan Islam membuatkan dia menjauhkan diri dari Nuri Wardah dan Jawaher. Keadaan ini membuatkan Sakuragi berada dalam dilema antara perasaannya terhadap Nuri Wardah dengan ajaran dan amalan dalam Islam itu sendiri.

 

Sakuragi buntu hingga membuatkan dia hampir kehilangan Nuri Wardah.


評分和評論

5.0
3 則評論

關於作者

Pemilik kepada nama sebenar, Faez Ismael. Memilih menggunakan nama pena Paeh Design berdasarkan kepada kerjaya sebagai pereka grafik freelance. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Bermula dengan memuatnaik karya di media sosial, beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah. Antara judul komik tersebut adalah Tarbiah No Namida, Andai Ku Rapuh, Bukan Berkhutbah dan Inkramadhan. Merupakan pelukis dan berkolaborasi dengan penulis MF Zakaria bagi komik Sakura No Suki yang merupakan terbitan pertama bersama Buku Puris.


Singkatan dari Muhammad Faezan bin Zakaria, MF Zakaria merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Berbekalkan pengalaman sebagai seorang eksekutif pemasaran, MF Zakaria memulakan kerjaya sebagai freelance pada akhir 2016 dengan fokus utama terhadap rekaan grafik. Selain itu, beliau mula berjinak dengan seni lukisan digital serta penulisan kreatif dengan dorongan dan sokongan daripada rakan sepengajian, Paeh Design. Sakura No Suki terbitan Buku Puris merupakan hasil penulisan kreatif pertama dari MF Zakaria berkolaborasi bersama Paeh Design sebagai pelukis.


為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。