Rule Nombor Sepuluh

The Chapter Bookstore
5,0
4 umsagnir
Rafbók
559
Síður
Einkunnir og umsagnir eru ekki staðfestar  Nánar

Um þessa rafbók

Sesiapa pun boleh menolak untuk jatuh cinta... Tapi tak ada sesiapa yang boleh menolak takdir!

“Reena, kenalkan... My future wife, Maream.”

Siti Maream merupakan PA kepada Tuan Jibrael Ryan, CEO TJC. Dia mempunyai sembilan rules yang dia perlu patuhi dan dia akan buat apa saja untuk menyempurnakan tugas dia sebagai PA walaupun terpaksa menyamar sebagai isteri.

“Opah... Buat apalah Rael nak ada isteri kalau Rael dah ada Maream. Sebab dia pun dah macam isteri Rael, kan?”

Dan, Siti Maream tak tahu yang Tuan Jibrael dah lama merancang untuk menjadikan dia isteri dan gara-gara cerita skandal yang tular, rancangan dia menjadi kenyataan. Cumanya...

“Saya tak main-main, Maream. Saya nak ajak awak kahwin tapi saya bukan nak ajak awak kahwin betul-betul pun.”

Tuan Jibrael ingat mengambil kesempatan ke atas pelan berkahwin secara tipu-tipu tu akan memberi laluan mudah untuk dia menambat hati Siti Maream tapi... Siti Maream lebih bijak. Nama pun Siti Maream... Bukannya Siti Mengalah!

“Aku akan buat rule! Rule nombor sepuluh!”

Namun, yang namanya Tuhan... Walaupun ada 100 rules pun yang dia buat, Tuhan tetap ada cara untuk menyatukan dua hati!

“Abang faham, sehebat mana pun abang berjuang dan menjaga... Tetap tak akan cukup di mata orang yang belum memahami cinta. Abang akan tunggu sayang kat tengah-tengah. Kalau ada jodoh, adalah...”

Kerana jodoh itu rahsia Tuhan!

Einkunnir og umsagnir

5,0
4 umsagnir

Um höfundinn

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


Gefa þessari rafbók einkunn.

Segðu okkur hvað þér finnst.

Upplýsingar um lestur

Snjallsímar og spjaldtölvur
Settu upp forritið Google Play Books fyrir Android og iPad/iPhone. Það samstillist sjálfkrafa við reikninginn þinn og gerir þér kleift að lesa með eða án nettengingar hvar sem þú ert.
Fartölvur og tölvur
Hægt er að hlusta á hljóðbækur sem keyptar eru í Google Play í vafranum í tölvunni.
Lesbretti og önnur tæki
Til að lesa af lesbrettum eins og Kobo-lesbrettum þarftu að hlaða niður skrá og flytja hana yfir í tækið þitt. Fylgdu nákvæmum leiðbeiningum hjálparmiðstöðvar til að flytja skrár yfir í studd lesbretti.