Imam Ghazali membahagikan kandungan buku ini kepada empat bahagian, masing-masing bahagian kait-mengait di antara satu dengan yang lain, iaitu (1) Relung Cahaya yang membicarakan mengenai cahaya-cahaya menurut istilah-istilahnya yang berbagai (2) Pelambang ilmu (3)Roh Manusia dan sifat pembawaannya, dan (4) Penggunaan ayat Al-Quran dan Hadis.
Sebagaimana buku-bukunya yang lain, buku ini membicarakan tentang hakikat kesucian diri dan penujuannya kepada tingkatan cahaya yang tertinggi menurut yang diikut oleh para salik dan murid dalam mengamalkan kesufiannya.