Siri Kompilasi Satria Bulan Bintang - REVOLUSI SATRIA BULAN BINTANG 01
Satria Bulan Bintang adalah seorang manusia yang dipilih dalam kalangan penduduk bumi untuk menjaga keamanan di Kota Rafflesia. Antara ramai-ramai penduduk yang ada, Ares diamanahkan untuk memikul tanggungjawab ini. Misinya cuma satu iaitu membanteras kejahatan. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh dalam usaha menyelamatkan Kota Rafflesia daripada penjenayah.
Musuh-musuh Satria Bulan Bintang adalah makhluk Planet Khauseer. Mereka
datang untuk membuat hura- hara dan menjadikan bumi
ini kucar-kacir. Saksikanlah pertarungan hebat yang
berlaku antara Satria Bulan Bintang menentang musuh-musuhnya.