Penulis mengadun irama alam dengan misteri orkestra ciptaan Allah yang terlihat saling sebati dan berinteraksi sesama mereka.
Persoalan hidup manusia cuba dirungkaikan bersumberkan panduan unsur yang diperolehi daripada kejadian alam semulajadi.
Penulis mula menulis puisi secara aktif semasa bekerja di Berjaya Tioman Resort Pulau Tioman Pahang. Suasana alam yang tenang banyak membantu beliau dalam penghasilan puisi-puisi beliau.
Dilahirkan di Kampung Kawang Papar Sabah Malaysia.
Beliau juga ada menghasilkan sebuah buku saikologi kanak-kanak terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.