Puaka Sekolah: Surau Asrama

· ·
· Penerbit-X
eBook
95
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn more

About this eBook

Ketika bangun dari duduk di tahiyat awal, Azlan merasakan ada sesuatu sedang menghimpit tubuhnya. Terasa hembusan keras di cuping telinga, cuba ‘memotong’ alunan bacaan Quran daripada imam.

Enggan solat terbatal dengan gangguan yang tidak pasti itu, Azlan membiarkan sahaja dan berpura-pura tidak melayan. Namun, ekor matanya terlihat wajah hitam yang ‘berbungkus’ menjengah dari atas bahu kiri. ‘Ia’ ikut serta solat bersamanya! Azlan terus menggigil ketakutan.

Pada waktu yang sama, imam mulai rukuk. Ketika itulah, ‘benda berbungkus’ itu tiba-tiba rebah tergolek lalu menghadap wajah Azlan! Dek terkejut melihat wajah ‘banda’ itu, Azlan jatuh lalu menggelupur histeria.

* * * * *

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

About the author

Dilahirkan pada JUN 1973 di Melaka. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungala Kem, Port Dickson. Bersekolah menengah di Sekolah Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson (SDASA) dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Pemasaran di Politeknik Port Dickson. Berkerjaya sebagai seorang pegawai bank di sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur.

Mula menulis sebagai suka-suka lalu jatuh cinta dengan dunia penulisan.

Penulis dari bumi Borneo yang gemarkan dunia fiksyen sedari masih anak-anak. Bercita-cita hendak cuba menulis semua jenis genre. Boleh ikuti perkembangan semasa penulis di Instagram dan Facebook Tey Marzuki.

Rate this eBook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Centre instructions to transfer the files to supported eReaders.