Projek Seram - Radio

· ·
· Buku Prima
4.5
2 جائزے
ای بک
339
صفحات
درجہ بندیوں اور جائزوں کی تصدیق نہیں کی جاتی ہے  مزید جانیں

اس ای بک کے بارے میں

Ritual - Fitri Hussin "Diseru lalu menyeru!"


Kereta yang dipandu Amar dan ditumpangi Noni kekasihnya, terbabas ke dalam gaung. Rakan sekonvoi, Budi, Zaid dan Razi turun ke gaung untuk memeriksa kereta itu dan mendapati Amar dan Noni tiada di dalam kereta yang remuk teruk itu. Sedang mereka mencari tubuh Amar dan Noni di kawasan sekitar, salah seorang daripada mereka ternampak kelibat seseorang memikul sesuatu. Mereka bertiga mengekori kelibat itu sehingga sampai di satu kawasan seperti sebuah kompleks bangunan lama. Siapa yang membawa mereka ke situ? Kenapa mereka dibawa ke situ? Apa cerita di sebalik kejadian itu? Siapa dalang di sebalik semua kejadian seram dan aneh itu?


Bising - Syaida Ilmuna "Tagline: Ia masih belum selesai..."


Cadangan asal Nedim, Erina, Wong dan Shafiq sebenarnya ingin membuat Projek Sains. Namun tidak disangka, rancangan mereka itu melencong selepas Erina hilang disorok dimensi lain dan Nedim pula jadi tidak tentu arah tiba-tiba hampir merempuh sebuah rumah usang di Kampung Bayan. Dapatkah Erina diselamatkan? Apa pula misteri di sebalik walkman yang sering keluarkan bunyi pelik? Tak semua perkara yang dah selesai, benar-benar selesai.


Penangan - Julie Jasmin "Aku wujud dalam urat darahmu, merasukmu, menyesatkan kamu!"


Entah apa yang menariknya pada radio hitam milik arwah Nek Som itu sehinggakan Hamidah sanggup membawa radio tu balik ke Kuala Lumpur. Radio itulah yang menjadi peneman setiap kali dia mengulangkaji pelajaran.

Semenjak itu sikap Hamidah berubah. Dia memerap sahaja dalam bilik dengan radio itu. Kejadian ganjil mula terjadi di dalam rumah itu. Lebih memburukkan keadaan, kemunculan kelibat wanita bermuka pucat berambut panjang dalam bilik Hamidah menambahkan lagi keanehan di dalam rumah. Apa rahsia yang tersimpan dalam radio hitam milik Nek Som sehinggakan Hamidah menjadi begitu rupa dan rumah disinggahi puaka?

درجہ بندی اور جائزے

4.5
2 جائزے

اس ای بک کی درجہ بندی کریں

ہمیں اپنی رائے سے نوازیں۔

پڑھنے کی معلومات

اسمارٹ فونز اور ٹیب لیٹس
Android اور iPad/iPhone.کیلئے Google Play کتابیں ایپ انسٹال کریں۔ یہ خودکار طور پر آپ کے اکاؤنٹ سے سینک ہو جاتی ہے اور آپ جہاں کہیں بھی ہوں آپ کو آن لائن یا آف لائن پڑھنے دیتی ہے۔
لیپ ٹاپس اور کمپیوٹرز
آپ اپنے کمپیوٹر کے ویب براؤزر کا استعمال کر کے Google Play پر خریدی گئی آڈیو بکس سن سکتے ہیں۔
ای ریڈرز اور دیگر آلات
Kobo ای ریڈرز جیسے ای-انک آلات پر پڑھنے کے لیے، آپ کو ایک فائل ڈاؤن لوڈ کرنے اور اسے اپنے آلے پر منتقل کرنے کی ضرورت ہوگی۔ فائلز تعاون یافتہ ای ریڈرز کو منتقل کرنے کے لیے تفصیلی ہیلپ سینٹر کی ہدایات کی پیروی کریں۔