Projek Seram - Flat

· Karangkraf
5.0
2条评价
电子书
367
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

ZARA / ~Hutang nyawa dibalas nyawa!~

Dua kali mendiami rumah flat memberi pengalaman berbeza buat diri Zara. Pengalaman pertama menyewa di rumah flat bersama-sama rakan sekampung. Semenjak duduk di situ, pelbagai masalah hadir kerana dirinya. Anak patung beruang pemberian arwah nenek turut menjadi mangsa. Gelang emas pemberian atuk sebelum menghembuskan nafas terakhir juga menjadi perbalahan. Kata mereka, dia ada saka! Zara tetap pertahankan dirinya sehingga pada satu tahap, dia dihalau keluar dari rumah sewa itu. Pengalaman kedua amat bermakna buat dirinya kerana tinggal bersama suami yang baru dikenali. Tetapi sekali lagi Zara diuji. Dia berkeinginan yang bukan-bukan! Kata rakan suaminya, ada yang tidak suka akan perkahwinan mereka. 

 

MANUSKRIP / ~Pabila dendam menjadi raja~

Riyad, seorang editor berpindah ke sebuah rumah flat di Taman Megah kerana tempat tinggalnya yang lama agak jauh dengan pejabatnya di Syarikat Kalam Ilham. Setelah berpindah ke flat itu, Riyad sering diganggu wanita yang membunuh diri dengan terjun dari bangunan flat itu. Pada suatu hari, Riyad melihat laptopnya tersedia dengan cerita seram yang dia sendiri tidak taip. Riyad beranggapan wanita yang sering muncul itu ingin menyatakan sesuatu. Kebetulan ketika itu dia mewakili syarikatnya di dalam pertandingan penulisan kisah seram. Dari hari ke hari, manuskrip seram yang sepatutnya ditulis oleh Riyad semakin bertambah muka surat. Sejak itu, Riyad cuba menyiasat kejadian sebenar di flat itu bersama-sama Joe dan Hafiz juga penghuni di situ. Siapakah wanita itu sebenarnya?

 

 

KLU / ~Permainan biasa tetapi bermain dengan bayangan luar biasa~

Wani amat menyukai permainan cari kata. Ke mana sahaja dia pergi, buku itu akan menjadi penemannya. Namun, ada sesuatu yang pelik terjadi. Jawapan cari kata itu seolah-olah benar dan menjadi klu kepada kehilangan seseorang yang tidak dikenalinya. Setiap malam tiga perkataan yang dijumpainya akan dikumpulkan supaya mereka dapat mencari maksud sebenar di sebalik perkataan itu. Keterujaan itu bukan hanya Wani, tetapi ada lagi beberapa orang yang turut membayangkan permainan ini mempunyai makna tersendiri. Ini membuatkan ada makhluk yang akan tersenyum lebar, menantikan mangsa yang kecundang di dalam permainan itu menjadi korban. Flat tinggal itu menjadi saksi tiada sesiapa yang bakal keluar daripada permainan itu sehinggalah kau berpijak di dunia yang nyata!

 

KEKUATAN: 

Ketiga-tiga penulis menulis berdasarkan pengalaman seram masing-masing yang pernah tinggal di flat. Kisah yang dipaparkan mempunyai elemen seram dan saspens yang kuat. Selain itu, kisah PS Flat ini lebih dekat dengan pembaca kerana karya ini dialami sendiri oleh penulis dan latar tempat juga adalah di perumahan flat yang mana sering kita dengar tentang kisah-kisah seram yang kerap kali berlaku di tanah air. Penulis juga menyelitkan unsur-unsur seram tradisional seperti amalan ilmu hitam dan perjanjian dengan saka.

 

评分和评价

5.0
2条评价

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。