Alia menyanjungi bapanya, Tuan Azizul. Tuan Azizul adalah lelaki yang punya pakej sempurna. Β Bagi Alia, bapanya adalah contohΒ prince charming. Hanya bapanya dan Rasulullah menjadi lelaki pujaan Alia.
Nenek sudah berleter, emak kerap mengeluh, dan saudara sekeliling mula bertanya, di mana jejaka serasi jiwanya. Kata mereka, Alia sudah ada jawatan hebat, sudah tamat belajar, dan perlu mencariΒ prince charming.
Hidup menjadi kucar-kacir apabila pencarianΒ prince charmingΒ bermula. Bagaimana ciri-ciriprince charmingΒ yang diidamkan? Alia pening! Rupa-rupanya payah mahu mencariΒ prince charming.Β