Pilo Toq

· PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
4.6
9則評論
電子書
256
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

 Suatu hari, Puan Ainon memuat naik gambar suaminya, Prof. Abdullah, sedang menolak mesin rumput. "Selesai mesin rumput, suami saya belikan nasi lemak lauk telur untuk sarapan kami. Beginilah cinta orang tua-tua." [Lebih kurang begitulah katanya.] How sweet!

Lalu saya titipkan komen ini kepada Puan Ainon, "Kak! Orang tua tak boleh makan telur selalu, tau! Kolesterol! *bahak*

Kemudian saya terfikir, selama mana agaknya cinta pasangan suami isteri akan kekal 'membumbubg? Lima tahun? Sepuluh tahun? Atau....

Apapun, buku Pilo Toq ini bukanlah kisah cinta Puan Ainon dan Prof. Abdullah. Ini bukunkisah cinta OP Zaharin, Azzam Supardi, dan Bahruddin Bekri dengan isteri mereka. Tetapi, ini kisah perbualan sweet-sweet suami isteri di dalam kereta atau di atas motosikal ketika lalu lintas sesak.

Dan, jika ditanya kepada anak dara trang tang tang zaman sekarang, lelaki jenis apakah yang menjadi pilihan mereka, nescaya mereka akan menjawab, "Lelaki yang boleh buat I ketawa! Kalau tak boleh buat I ketawa... tetapi boleh buat I tersenyum simpul pun jadilah!"

Buku Pilo Toq ini mungkin tidak akan buat anda ketawa... tetapi, jika anda tersenyum simpul ketika membacanya - itu pun lebih baik daripada cukup buat saya dan penulis-penulisnya! Tetapi, kalau anda nak ketawa terbahak-bahak ketika membacanya pun kami tak kisah.

Jadi, beli dan bacalah buku ini. Kerana cinta memang selalunya sweet - macam kamu!

評分和評論

4.6
9則評論

關於作者

Bahruddin Bekri
Nama sebenarnya Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri. Beliau berasal daripada Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Iboi / Pelandok sebelum menyambung ke SMK Sadong Hilir (Semera). Selepas SPM penulis melanjutkan pelajaran ke matrikulasi UPM dan seterusnya ke Bachelor Ekonomi, juga di UPM.

Penulis mula menulis secara serius bermula pada tahun 2007. Sehingga kini, sudah lebih 20 buah bukunya diterbitkan. Novel 'Doa Untuk Aku' sudah diadaptasi menjadi drama televisyen.

Beliau memilih gaya penulisan yang sederhana dan mudah bagi difahami oleh pembaca. Genre yang senang beliau uliti adalah genre berkenaan kehidupan manusia-manusia kecil. Antara kelebihan penulis, beliau mampu mengangkat tema-tema kecil menjadi sesuatu yang sangat dalam dan membuatkan pembaca terfikir-fikir. Gaya bahasanya walaupun mudah dan sederhana, tetapi lenggoknya memberikan rantaian keindahan apabila dibaca. Ia mempunyai magis yang tersendiri, sesuatu yang jarang dimiliki oleh penulis Malaysia.

Beliau sekarang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal Malaysia. Di samping menulis buku, beliau juga adalah seorang bapa kepada dua orang puteri (setakat artikel ini ditulis), juga sering dijemput menjadi penceramah penulisan kepada remaja.

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。