Pendiam?: Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert

·
· Iman Publication Sdn Bhd
4.7
48 reviews
Ebook
206
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

“Awak ni lone ranger ke?”


“Puan, anak puan di rumah memang senyap ya?”


“Dia tu pemalu orangnya...”


***


Biasanya, kita akan lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu ialah Ekstrovert - yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai orang. Satu lagi ialah Introvert - yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.


Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya pada masa hadapan?


Hakikatnya, setiap seorang daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu dikenal pasti dan digilap potensinya.


'Pendiam?’ menampilkan situasi biasa yang dilalui Introvert dalam masyarakat berserta kupasannya — agar personaliti ini lebih difahami dan dirai dengan kekuatan yang mereka ada.

Ratings and reviews

4.7
48 reviews
Haiqal Halim
November 29, 2021
Isi kandungan buku memberi penerangan dan contoh tentang personaliti introvert, extrovert dan ambivert dalam bahasa yang mudah dan santai. Sesuai untuk bacaan umum terutamanya orang muda kerana gaya bahasa yang digunakan.
Did you find this helpful?
Nurul Izziany Ramli
May 3, 2020
Recommended to all! Introvert, and proud. Sebab kita berurusan dengan manusia, penting untuk kita memahami juga manusia lain. Buku ni membuka mata saya. Terima kasih!
5 people found this review helpful
Did you find this helpful?
Muhamad Suhail
December 7, 2020
recommend kepada semua yang ingin mengenali diri seorang introvert. Introvert tidak bermakna mereka pemalu, sombong dan lain - lain stigma yang diberikan. introvert hanya memerlukan orang yang memahami diri mereka. Lets break through the stigma about introvert. Fighting.
Did you find this helpful?

About the author

Aiman Amri atau nama pena Aiman Psikologi ialah Mental Health Advocate yang aktif menyebarkan kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Beliau ialah seorang penceramah dan penulis buku yang mendidik masyarakat ilmu psikologi melalui ceramah, media sosial dan penulisan di laman webnya, AimanPsikologi.com.


Selepas menamatkan sarjana muda BSc in Psychology di University of Nottingham, United Kingdom, beliau mengejar minatnya dengan berkhidmat di WeCare Allied Health Center, sebuah pusat psikologi swasta untuk perkembangan kanak-kanak dan kesihatan mental dewasa di Kuala Lumpur, sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist.


Kini beliau berkhidmat di Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Shah Alam sebagai Pengurus Akademi dan teaching assistant untuk kelas intervensi awal.


Beliau telah menulis dua buku pada tahun 2019, yang pertama ialah buku Autisme: Unik/Pelik - sebuah diari yang memberi panduan kepada ibu bapa dan guru untuk menyelami pemikiran kanak-kanak autisme.


Buku keduanya bertajuk How Are You? terbitan IMAN Publication pula lebih berfokus kepada memahami perjuangan dalaman individu yang mempunyai stres, kemurungan dan kegelisahan.


Aiman berinspirasi untuk menjadikan Psikologi sebagai topik yang menarik untuk dipelajari oleh masyarakat dengan pendekatan yang kasual agar topik ini mudah difahami secara praktikal, tanpa mengurangi perspektif saintifik bidang tersebut.

Mula mengenali diri dalam perspektif psikologi untuk lebih memahami mengapa kehidupannya seperti berbeza dari laluan kebiasaan orang. Pembacaan yang menarik perhatian khusus adalah mengenai personaliti.


Bermula 2015, beliau mula beberapa kajian, bertemu graduan dan pensyarah bidang psikologi bagi menambahkan kefahaman. Sudut pandang mengenai jiwa dan fikiran manusia membantu beliau melihat sesuatu dengan perspektif berbeza dan berhasrat untuk berkongsi kepada masyarakat. Stigma buruk dan negatif banyak terpalit kepada diri, rakan dan umumnya kepada masyarakat khusus orang introvert yang hidup dalam dunia extravert. Sejak itu, beliau mahu empower introvert untuk berani dan selesa menjadi diri sendiri.


Dear introvert, be you.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.