DESSERT atau pencuci mulut adalah juadah yang biasanya dinikmati di akhir hidangan. Ia lebih manis berbanding juadah lain. Tidak lengkap rasanya jika tidak menjamah juadah pencuci mulut yang disediakan.
Buku Kompilasi Hidangan Dessert menyediakan 60 resipi pencuci mulut pelbagai jenis. Antaranya ialah puding, jeli, kastad, pai, trifle, waffle, aiskrim, kuih-muih dan sebagainya. Malah, ada resipi dari negara lain seperti India.
Biasanya, anda menghidangkan buah-buahan sebagai juadah pencuci mulut kepada para tetamu. Dengan adanya buku ini, anda dapat memberi kelainan dan menyediakan resipi yang berbeza-beza setiap hari.