Dalam risalah ini Ustaz Bediuzzaman Said Nursi menerangkan beberapa ayat al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. mengenai wanita bagi para perempuan serta orang-orang tua. Beliau mengumumkan satu hakikat: âSesungguhnya guru yang pertama memberi kesan kepada seorang manusia ialah ibunyaâ. Lantaran itu, panduan ini menguatkan akhlak remaja serta memberi contoh tauladan untuk mendapat kebahagiaan dalam rumahtangga. Walaupun risalah ini ditulis untuk para wanita, tetapi karangan buku menunjukkan bahawa para lelaki juga memerlukan suatu petunjuk seperti ini.