PUTERA LEMBAH BAKKAH 3: Jilid 3

· Galeri Ilmu Sdn Bhd
E-bog
200
Sider
Bedømmelser og anmeldelser verificeres ikke  Få flere oplysninger

Om denne e-bog

Muhammad SAW-Putera Lembah Bakkah 3, susulan daripada karya sirah yang pertama dan kedua; (Muhammad SAW- Putera Lembah Bakkah, Muhammad SAW-Putera Lembah Bakkah 2) meneruskan lagi kesinambungan riwayat hidup Rasulullah SAW menerusi genre novel.

Dengan kata lain, sirah Rasulullah SAW dihidangkan melalui pendekatan kreatif. Jika buku kedua menceritakan akan tahun-tahun awal Baginda ditabalkan sebagai Nabi SAW, buku ketiga ini lebih terarah kepada detik-detik awal perjuangan Rasul junjungan SAW, juga mengenai ujian penyeksaan dan pemulauan yang diterima orang Islam waktu itu.

-----

Sayidina Abu Bakar r.a. tidak putus asa. Dia cuba meng gunakan muslihat untuk memerangkap perhatian Umayyah, “Aku tegaskan kepada kamu semua, Bilal akan tetap berpegang pada kepercayaannya sampai dia mati. Dan kalau dia mati kamu semua yang akan rugi kerana telah hilanglah harganya. Bukan begitu?”

“Kenapa pula kami akan rugi?” tanya Abu Jahal.

“Sebab aku bersedia membelinya.”

“Engkau mahu membeli budak hitam ini?” Umayyah seperti tidak percaya dengan apa yang didengari dari mulut Sayidina Abu Bakar.

“Ya, aku mahu membelinya.”

“Berapa engkau sanggup membayarnya?”

“Berapa yang engkau mahu?” cabar Abu Bakar.

“Lima uwaq emas.”



Bedøm denne e-bog

Fortæl os, hvad du mener.

Oplysninger om læsning

Smartphones og tablets
Installer appen Google Play Bøger til Android og iPad/iPhone. Den synkroniserer automatisk med din konto og giver dig mulighed for at læse online eller offline, uanset hvor du er.
Bærbare og stationære computere
Du kan høre lydbøger, du har købt i Google Play via browseren på din computer.
e-læsere og andre enheder
Hvis du vil læse på e-ink-enheder som f.eks. Kobo-e-læsere, skal du downloade en fil og overføre den til din enhed. Følg den detaljerede vejledning i Hjælp for at overføre filerne til understøttede e-læsere.