Tiba-tiba Mama Pen dan Papa Pen melihat seekor burung besar terbang rendah di atas kepala mereka.
“Och!” Mama Pen menjerit. Penguin-penguin lain juga menjerit. Mama Pen dan Papa Pen mendakap Pen erat-erat. Mereka tahu burung besar itu sedang kelaparan dan mencari anak penguin untuk dijadikan makanan.
Selamatkah Pen daripada serangan burung besar? Ikuti kisah yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.
-----
Judul-judul dalam SIRI ALAM HAIWAN ini:
· Anak Gajah Yang Nakal
· Penguin Yang Comel
· Kanggaru Yang Kuat Berlari
· Ngauman Si Raja Rimba
· Zirafah Berleher Panjang
KELEBIHAN SIRI INI
Siri ini mengetengahkan konsep cerita dunia haiwan yang amat diminati oleh kanak-kanak.
Ia sesuai dibaca oleh semua peringkat usia kanak-kanak termasuk kanak-kanak tadika kerana teksnya diwarnakan mengikut suku kata.
Ini sekali gus dapat membantu mereka menyebut perkataan mengikut warna yang diberikan.