PEMBURU BARAKAH

·
Indeepreneur
4.7
15 ulasan
e-Buku
14
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Masjid Al Maaruf adalah salah sebuah masjid awal yang dibina di Singapura seperti Masjid Sultan dan Masjid Hajjah Fatimah di kawasan penempatan orang-orang Melayu Bugis dan Jawa di sekitar kawasan Kampong Gelam Singapura.
Masjid ini telah dirobohkan pada awal tahun 1990an untuk memberi laluan kepada sebuah projek pembangunan komersial Parkview Square.
Di sinilah seorang ulama terkenal Nusantara, Saidi Sheikh Muhammad as-Suhaimi memulakan gerakan dakwahnya setelah pulang dari menekuni ilmu Al Quran dan Al Hadis di Semenanjung Arab, Mesir dan Syria pada awal Kurun Ke 20. Dilanjutkan perjuangannya oleh anakanda dan cucuanda beliau Sheikh Muhammad Fadhlullah dan Sheikh Al Ustaz Muhammad Taha as-Suhaimi sebelum terbangunnya Madrasah Al Maarif yang terletak di Ipoh Lane dan kini berpindah di sebuah kompleks pendidikan Lorong 39, Geylang.
Bagi ramai pengamal tarekat, Masjid Al Maaruf itu mempunyai barakah kerana menjadi gelanggang perjuangan Wali-wali Allah menegakkan keadilan dan pendidikan Islamiah di Singapura.

Penulis sendiri pernah bersuluk di masjid itu selama sebulan beberapa tahun sebelum bangunan bersejarah itu dirobohkan. 

Rating dan ulasan

4.7
15 ulasan
Samsuri Maun
30 Julai 2016
Baik
1 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Perihal pengarang

Penerbitan cerpen PEMBURU BARAKAH melalui saluran Google Play Store ini merupakan koloborasi bersama antara penulis cerpen ini iaitu Jamal Haji Ismail dan syarikat Indeepreneur (www.indeepreneur.com) yang merupakan syarikat keusahawanan teknologi maklumat yang sedang mencipta nama.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.