Buku komunikasi dengan anak-anak memang banyak di pasaran dan kebanyakannya dalam bentuk teori. Buku ini menceritakan kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian dan mempunyai dialog-dialog sebenar untuk memudahkan pemahaman dan boleh dipraktikkan. Buku ini ditulis dengan persembahan yang santai dan mudah difahami seolah-olah cerpen. Ia dapat menarik minat pembaca kerana menggambarkan situasi sebenar.
Sasaran pembaca buku ini terdiri daripada ibu bapa, para guru di prasekolah, sekolah rendah dan menengah.