Kumpulan Cerpen Remaja Kemboja di Tanah Sahara

· Muhaimin Subki
5.0
5 reviews
Ebook
138
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

“Perjuangan? Ada apa dengan perjuangan kalau Wan mati begini?”


“Kerana perjuangan banyak mengajar erti kehidupan semasa hidup juga semasa kematian Hadi. Terlalu banyak perjuangan di dunia ini. Kita berhak memilih. Tapi pilihlah pada yang dekat dengan jalan Tuhan, yang menguntungkan kelak di medan timbangan.”



KEMBOJA DI TANAH SAHARA adalah kisah tentang kerinduan seorang pemuda yang merasai kehilangan. Seperti satu-persatu butiran pasir di halaman kampungnya, setiap satu kenangan itu diingati dan diceritakan. Pesan-pesan Wan kepada Hadi adalah peringatan buat menempuhi kedewasaan. Pesan-pesan itu sentiasa menebak nubari terhadap gemulah Wan yang pergi meninggalkan dirinya dengan penuh persoalan bergentayangan di fikiran. Hanya setelah beberapa tahun barulah rahsia kepergian Wan tersingkap dan segala pesan jadi penguat hidup yang dipegang kejap. 


Kemboja di Tanah Sahara adalah cerita tentang kenangan dan seperti itu juga cerita-cerita yang terkandung dalam kumpulan cerpen ini menghimpunkan cerita-cerita kenangan yang dilalui oleh watak-watak dalam fasa keremajaan. Kumpulan cerpen remaja ini menghimpunkan 15 cerita pendek yang dikarang penulis yang sering kembali kepada lembaran-lembaran kenangan untuk mengingati segala pesan dan mempelajari kesilapan dari segala pengalaman yang berguna sebagai bekalan menghadapi kehidupan.

Ratings and reviews

5.0
5 reviews
R. PRABAKARAN MAN UTD
May 31, 2020
Penulis menggarap karya ini dengan sangat baik dan kandungannya mudah difahami. Harap buku ini dapat memberikan mesej kepada pembacanya tentang nilai sebuah kehidupan.
1 person found this review helpful
Did you find this helpful?
Kavyaa Srini
June 15, 2020
Setiap watak mahupun situasi dalam kesemua 15 cerpen dalam kumpulan cerpen ini digambarkan dengan rinci, membolehkan pembaca seronok dan memahami jalan cerita dengan lebih baik. Menantikan lebih banyak karya daripada penulis berbakat ini. Satu kumpulan cerpen yang harus dibaca oleh semua.
1 person found this review helpful
Did you find this helpful?
Syazreeq
May 29, 2020
Satu buku yang mempunyai beribu pengajaran yang berguna untuk kita. Love it
1 person found this review helpful
Did you find this helpful?

About the author

MUHAIMIN SUBKI ialah penulis yang pernah menyertai Minggu Penulis Penulis Remaja (MPR) 2012 bawah bimbingan Shamsudin Othman & Lutfi Ishak (puisi) dan Salina Ibrahim (cerpen). Puisi dan cerpen pernah tersiar dalam Dewan Siswa, Tunas Cipta dan Harian Metro, Fokus SPM serta dihimpunkan dalam Antologi MPR; Anugerah Terindah (DBP).

Pernah memenangi Tempat Pertama Sayembara Menulis Sajak Falak Syarie Anjuran Mufti Negeri Pulau Pinang. Pernah memenangi Tempat kedua Sayembara menulis Cerpen Remaja Sekolah Menengah DBP 2012. Bersama-sama Jemari Seni Sdn. Bhd, cerpen-cerpen pernah dimuatkan dalam empat antologi; Antologi Kepadamu Kekasih (2014), Antologi Daun Paku Ungu (2015), Antologi Cerpen Helo (2016) dan Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api (2017). Cerpen ‘Kemboja di Tanah Sahara’ yang disiarkan dalam Tunas Cipta Januari 2016 telah memenangi Hadiah Sastera Tunas Cipta 2015/2016.

Kumpulan Cerpen Remaja Kemboja di Tanah Sahara adalah percubaan pertamanya untuk melahirkan kumpulan cerpen bagi mewarnai profil dirinya sebagai seorang penulis. Segala kritikan-kritikan membina amatlah dialu-alukan.

Penulis boleh dihubungi di laman Instagram & Twitternya: @itsmuhaiminlah

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.