AWANAMA KOSMOS

· Hdin Hafizuddin
5.0
2 reviews
Ebook
341
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Nasib malang seorang angkasawan wanita negara, Nora Yuhanis telah menjadi penyebab kepada tercetusnya evolusi makhluk 'Awanama' yang datangnya dari luar kosmik lalu mengheret seluruh populasi bumi kembali ke zaman kuno yakni era tanpa teknologi dan dicemari pula bahan sisa radiasi berbahaya. Manusia yang terselamat daripada tragedi 'Letupan Besar' berkoloni samada di angkasaraya ataupun di dalam bunker yang tertanam jauh di dalam perut bumi.

Tujuh puluh tahun telah berlalu, cemaran radiasi pula semakin berkurangan. Mereka yang berada di angkasaraya di panggil 'Koloni Skyblood' manakala yang berada di bunker di gelar 'Koloni Knightblood'. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Ratings and reviews

5.0
2 reviews
Garuda Series Gerik TV
November 1, 2021
Membaca karya ini seumpama menonton filem-filem dan drama rantaian fiksyen di saluran Netflix! Tidak banyak novel Melayu yang mengangkat isu-isu semasa seperti keperluan mengambil vaksin, kesan radiasi yang ramai tidak tahu dan cerita details ketika berada di angkasa. Bravo penulis! Kadangkala semasa membaca novel ini seakan-akan sedang menonton filem ‘Divergent’, ‘The Hunger Games’, ‘Insterstellar’ dan ‘The 100’. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui sambungan novel yang seterusnya. Apakah yang akan berlaku seterusnya apabila Koloni Skyblood dan Koloni Knightblood bertemu buat kali yang pertama selepas mereka terpisah selama tujuh puluh tahun. Bahasa sudah berbeza, satu koloni boleh dikatakan maju, satu lagi koloni masih mengekalkan tradisi berpantun dalam komunikasi seharian. Ahh, tak sabar rasanya. Semoga penulis dapat inform secepat yang mungkin sekiranya novel sambungan telah dipublish.
Did you find this helpful?

About the author

Mohamad Hafizuddin Mahmood atau nama pena Hdin Hafizuddin berasal dari Bukit Gambir, Johor. Penulis mendapat Pendidikan awal di SMK Bukit Gambir (BiGSS), Tangkak, Johor sebelum menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Geologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada waktu kini, sedang bertugas di Hulu Perak, Perak sebagai Ahli Geologis / Ahli Kaji Bumi di salah sebuah syarikat swasta. Penulis merupakan penulis pemula dan karya Awanama Kosmos ini merupakan karya pertamanya.

Penulis gemar menjelajah, mengembara serta menukilkan imaginasi saintifik dalam bentuk penulisan kreatif supaya dapat menanamkan minat mengenai ilmu sains untuk kemaslahatan generasi akan datang. Dengan menulis itu jugalah, karya itu menjadi satu-satunya harta yang kekal ‘menghidup’ dan dapat dibaca selama beberapa generasi meskipun penulis itu sudah tiada lagi.

“Pandanglah ke angkasaraya dan lihatlah dengan mata hati. Manusia diibaratkan hanyalah sebutir pasir halus yang maha kecil daripada jutaan butiran pasir di sebuah pantai yang luas.”

 

Penulis boleh dihubungi melalui alamat e-mel [email protected]. Penulis juga boleh dihubungi melalui laman facebook (www.facebook.com/hdinhafizuddin), laman sosial Twitter (www.twitter.com/hdinhafizuddin), laman sosial Instagram (www.instagram.com/wattpadhdinhafizuddin) dan juga laman sosial Wattpad (www.wattpad.com/hdinhafizuddin).


Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.