Misteri Video Viral

· Galeri Ilmu Sdn Bhd
4.8
4則評論
電子書
136
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Seorang sahabat yang kita kenali rupa-rupanya adalah jelmaan makhluk halus yang suka berdamping dengan manusia dek kelekaan kita terhadap urusan dunia. Melalui cerpen Misteri Video Viral, watak utama begitu leka dengan kecanggihan teknologi sehingga sering melewatkan solat dan adakalanya tertinggal dalam melaksanakan kewajipan berkenaan. Masa inilah syaitan lebih suka untuk berada di sisi kita supaya kita lebih hanyut dalam arus dunia.

 

           Cerpen  Angkara Amarah Syaitan pula, penulis mengetengahkan kepentingan bersabar dalam kehidupan seharian. Jika amarah gagal dikawal, bimbang kita akan bertindak di luar jangkaan dan menimbulkan kesulitan di pihak yang lain. Syaitan amat suka dengan manusia yang mudah hilang pertimbangan kerana pada saat inilah mereka dapat menguasai emosi manusia untuk bertindak lebih rakus.

 

           Ada sesetengah individu yang mempunyai pengalaman yang melibatkan makhluk halus. Namun, jangan pula kita mudah mendabik dada dan merasakan kita lebih berani daripada orang lain. Mungkin ia hanyalah helah agar kita lebih mudah terjerumus dalam perangkap ‘mereka’. Dalam kita bergurau juga, usah berlebihan kerana ia boleh mengundang padah. Inilah pengajaran yang ingin dipamerkan dalam cerpen Keberanian Yang Teruji.


Ada beberapa lagi cerpen dalam buku ini yang bersifat misteri, seram dan mengujakan pembaca. Namun, terbitnya buku seramistik ini sama sekali bukan semata-mata untuk menimbulkan ketakutan dalam diri kita, akan tetapi bagi menyedarkan kita semua supaya jangan terperangkap dengan hasutan syaitan, apatah lagi syirik terhadap Allah SWT.

 

           Semoga kita semua dilindungi-Nya daripada syaitan yang direjam.


評分和評論

4.8
4則評論

關於作者

Iwan Reaz merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari Kajang, Selangor. Memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (major Sains Aktuari) dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Kini bertugas sebagai Penolong Pengurus di bahagian latihan sebuah agensi berita. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2009. Sehingga kini, sudah menulis 12 buah buku dan terlibat dalam 13 buku antologi bersama penulis lain. Antara buku yang ditulis ialah  Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan. Karya beliau bersama BUKU PURIS ialah kumpulan cerpen Hologram, novel seramistik Magna Sayap Hitam,  Somniphobia dan yang terbaharu kumpulan cerpen Misteri Video Viral. Selain buku, Iwan juga menulis skrip TV, cerpen, puisi dan artikel untuk disiarkan dalam majalah serta surat khabar tempatan. Iwan juga mengendalikan bengkel penulisan kreatif dan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah.


為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。