Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.
Ilham kembali dari Jepun dengan status suami orang. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.┬а
Namun, setiap saat hatinya meronta. Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; Hidup Baik-baik kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!┬а